top of page

cerita kami

Syarikat GREEN FOLIAR AGROTECH SDN BHD no. pendaftaran 1228092-T (sebelum ini dikenali sebagai Green Foliar Trading) adalah syarikat bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan diuruskan oleh pasukan pengurusan dan staf dengan pengalaman lebih 10 tahun yang dipengerusikan oleh Puan Nurulhuda Mustafa, Pengarah Operasi & Co-Founder Encik Hadi Latif, serta team Pengurusan, Pemprosesan, R&D, Teknikal, Jualan dan Pemasaran.


Selain daripada bidang perniagaan lain, pengurusan kami telah meneraju pasaran baja organik cecair di Malaysia sejak 2008. Sejak 2012 kami telah bergiat aktif memasarkan produk baja secara online dan telah membantu RIBUAN pelanggan dari saiz kebun berskala kecil, sederhana sehinggalah ladang-ladang besar di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Indonesia.


Jenama GOSAWIT™ kami telah didaftar sebagai cap dagang (trademark) bernombor #2016011247 (MYIPO) untuk memastikan produk kami sentiasa ORIGINAL dan hasilnya kami dapat memasarkan produk pembajaan berkualiti tinggi pada harga mampu milik.


Kami telah bekerjasama secara aktif dengan agensi Kerajaan dan Korporat dalam menyediakan produk-produk berkualiti di dalam pasaran seperti GREEN DROPS dan GOSAWIT. GOSAWIT dihasilkan atas permintaan ramai kepada produk baja sawit terbaik organik yang MURAH, MUDAH DIGUNAKAN dan BERKESAN.

bottom of page